SELAMAT HARI GURU DAN SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK

Wednesday, May 16, 2018
Alhamdulillah bertemu kembali tahun ini dengan Ramadhan yang mulia. Malam ni kita akan mula bertarawih. Feni hanya melakukan terawih di rumha sahaja. Balik dari kerja pun dah maghrib.

Hari ni ada sambutan hari guru di sekolah Abang Aus. Ummi bekalkan abang dengan sebiji kek dan sebekas bahulu saja untuk jamuan abang hari ni. Alhamdulillah pagi tadi masa hantar abang ke sekolah nampak macam banyak sangat barang makanan di kantin sekolah. Rezeki anak-anak syurga yang tidak pernah putus.

Tahun ni tahun kedua Abang Aus sambut Hari Guru. Tahun lepas Abang bagi hadiah 3 set cawan yang warna warni tu dekat cikgu. Tahun ni, ummi tak sempat nak belikan hadiah untuk hari guru abang. Semalam balik kerja ingat nak beli buah epal untuk jamuan hari ni. Pergi-pergi pasar, pasar dah pun tutup. Mujur dalam perjalanan balik tu nampak ada kedai kek. Jadi ummi belikan kek dan bahulu saja untuk majlis abang.

Cikgu jemput ibu bapa datang bersama bagi memeriahkan majlis, tapi ummi dengan abah tak dapat nak join sebab nak masuk kerja. Hari Isnin hari tu ummi dah cuti. Nanti bos marah pula sebab asyik ambil cuti. Macam ni lah nasib ibu yang bekerja. Maafkan ummi ya Abang.

InshaAllah dalam beberapa tahun akan datang ni. Hidup kita akan lebih baik. Ummi kalau boleh nak duduk rumah, jaga anak-anak sendiri tapi keadaan ekonomi keluarga belum mengizinkan. Kereta belum habis bayar lagi. Sewa rumah pun separuh dah gaji ummi. Nak harapkan gaji abah seorang memang kita tak mampu lah nak duduk sendiri.

Apapun bersyukur dengan rezeki Allah bagi.

Sementara yang ada kerja dengan gaji sendiri pun orang tak pandang. Inikan pula kalau tak bekerja. Apapun nak wish juga SELAMAT HARI GURU untuk semua guru-guru di seluruh dunia dan menyambut Ramadhan Al-Mubarak bagi tahun 1439 Hijrah.

Semoga amalan kita diterima Allah.


No comments:

Tinggalkan komen anda. Terima kasih.

Powered by Blogger.